Sifat-Sifat Mahmudah (1)
Sifat-Sifat Mahmudah
1.
HIKMAH
Berpengetahuan luas dan bijaksana
bertindak berlandaskan Al-Quran, Al-Sunnah dan alam Syahadah serta dapat
memberi alasan yang munasabah dan bukti yang sesuai.
2.
Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan
bukti yang nyata, mampu membuat pertimbangan,keputusan dan tindakan dengan
cepat dan tepat berlandaskan ilmu naqli dan aqli.
3.
Cerdik
Pintar, cerdas dan berkemampuan
memahami serta manaakul sesuatu dengan cepat dan tepat.
4.
Maarifah
Pengetahuan yakin dan pengalaman yang
membolehkan sesaorang menjelas dan mengamalkan prinsip dan asas-asas
Islam.
5.
Bercakap benar
Melahirkan kata-kata yang bernas,
betul, dan jitu serta bertepatan dengan prinsip-prinsip Islam secara berhikmah
untuk faedah semua.
6.
Menegakkan kebenaran
Yakin dan berpegang teguh kepada
kebenaran serta sentiasa menegakkan kebenaran dengan hikmah.
7.
Kesyukuran
Perasaan, ucapan dan perlakuan yang
dilahirkan dengan ikhlas terhadap segala nikmat kurniaan Allah S.W.T, sabar dan
redha menerima ketentuan dan dugaanNya’ serta berterima kasih terhadap
sumbangan dan khidmat bakti yang diperolehi.
8.
Takutkan Allah S.W.T.
Perasaan takut dan kagum akan
kehebatan Allah S.W.T. yang mendorong sesaorang melakukan ketaatan dan
meninggalkan larangannya.
9.
Kerajinan
Usaha berterusan dengan penuh
semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam
melakukan sesuatu perkara untuk mencapai kecemerlangan.
10.
Prihatin
Peka terhadap isu-isu sosial dalam
masyarakat, menyedari masalah masyarakatk dan sedia berusaha menyelesaikannya.
11.
Berketerampilan
Mempunyai kemahiran yang menyeluruh
dalam berbagai-bagai bidang khasnya kebolehan berfikir, kemahiran belajar dan
merekacipta.
12.
‘ADAALAH
Keadaan di mana sesuatu perkara itu
diletakkan di tempatnya yang sebenar mengikut syariah Islamiah.
13.
Kasih sayang
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang
mendalam serta berkekalan, lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu
berteraskan prinsip Islam.
14.
Silaturrahim
Jalinan persaudaraan menghubungkan
kaksih sayang berdasarkan pertalian nasab, musaharah, keagamaan, kejiranan dan
kemanusiaan.
15.
Berterima kasih
Pengiktirafan, penghargaan dan
ganjaran yang diberikan sebagai mengenang dan membalas sesuatu sumbangan dan
jasa.
16.
Baik pertimbangan
Membuat pertimbangan yang wajar untuk
menghasilkan keputusan saksama serta tidak menimbulkan sebarang penyesalan dan
ungkitan.
17.
Toleransi
Sanggup bertolak ansur, sabar dan
dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya perselisehan dan
pertelingkahan.
18.
Saling bermaafan
Sanggup meminta dan memberi maaf
bahkan membalas keburukan dengan kebaikan.
19.
Bermarwah
Menghiasi diri dengan budipekerti
yang mulia melalui tuturkata’ tingkah laku, pakaian dan pergaulan.
20.
Ibadah
Mengabdikan diri kepada Allah S.W.T
dengan cara menjunjung segala perintah dan menjauhi laranganNya.
21.
Sensitif kepada
kezaliman
Sanggup tampil membela makhluk yang
dihina, teraniaya dan dizalimi.
22.
Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukkan
niat yang baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.
23.
Kerjasama
Usaha yang baik dan membina yang
dilakukan oleh individu pada peringkat keluarga, komuniti dan masyarakat untuk
menegakkan yang maaruf dan mencegah yang mungkar.
24.
Semangat
bermasyarakat
Kesediaan melakukan sesuatu dengan
semangat kekitaan untuk kepentingan bersama bagi mewujudkakn keharmonian hidup
bermasyarakat.
25.
Bermuafakat
Mengutamakan persetujuan dan
kerjasama dalam sesuatu pekerjaan yang baik.
26.
IFFAH
Mengawal nafsu daripada
perkara-perkara yang haram dan syubhah, supaya ianya terdidik ke arah
melaksanakan perkara-perkara yang ma’arof serta sentiasa tunduk kepada petunjuk
akal dan syarak.
27.
Malu
Perasaan ‘aib, hina dan rendah diri
kepada Allah S.W.T., manusia dan diri sendiri kerana
membuat sesuatu yang keji dan
dilarang Allah.
28.
Kesopanan
Bersikap tenang, berbudi bahasa,
berbudi pekerti dan bersopan santun dalam pergaulan.
29.
Sabar
Tenang, tabah, redha dan ikhlas dalam
menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan serta sentiasa berusaha mengatasinya.
0 comments:
Post a Comment